WELCOME TO SWEETMUN WORLD

Hope u will enjoy

Monday, August 31, 2009

BARU DAPAT UPDATE BLOG

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Lama tak update blog. dalam masa 2 bulan ni agak busy ckt n internet problem, sekarang dah masuk pun bulan Ramadhan, dah 11 Ramadhan pun ari ni.... Aku menjalani ibadah puasa ni dengan penuh kebahgiaan yang tersirat didalamnya. Pada pemulaan puasa tu berpuasa di kampung dengan familly, sume ada kecuali Bebe dan familly, tapi takpe Bebe pun dah tak larat lagi maklumlah Bebe bakal melahirkan baby baru iaitu anak ke-4 di Syawal ni.... Kakak dan the ada, kakak pun tak berapa chat juga kerana dia juga sedang bebadan dua, dah masuk 5 bulan pun... Tahniah!!! diucapkan pada kakak setelah penantian yang agak begitu lama akhirnya Kakak n Abang Fandi bakal menimang cahaya mata awal tahun depan... Mak pula sakit kaki kena air panas, cian kat mak, semoga mak cepat sembuh...


Aku, aku, macam2 yang buat aku happy, bahgia sangat, sedih dan kecewa dengan beberapa pekara, M dah tak dak lagi dalam hidup aku sejak F menjadi juara pertarungan sengit bagi merebut hati aku ini.... Aku sedih gak buat M cam tu tapi apa aku boleh buat hati ini lebih bepihak pada F... Sikap F yang sederhana dan tenang itu telah menawan hati aku berbanding dengan M yang agak tidak serasi dengan aku,, apa pun ku pohon seribu kemaafan pada M kerana telah memberi M harapan palsu selama ini dan juga telah mengecewakan M...
F, cukup senang aku dengan dirinya, selamat, selesa dan bahgia itulah ungkapan yang selayaknya aku berikan pada F. Terima kasih F kerana telah hadir di dalam hidup ku ini, Maafkan aku juga pada R kerna tak mampu meneruskan kisah cinta kita dan R aku ingin kau tahu bahwa F mampu memberi kehidupan yang pernah aku harapkan tika bersama denganmu dulu R.... Mfku sekali lagi.....


F..... Andai kau dapat membaca blog ini suatu nanti ketahuilah F bahwa aku telah menyerahkan seluruh kesetiaan dan cintaku hanya buatmu seorang... Terima kasih F kerana telah memberi aku bahgia seperti sekarang, aku berdoa semoga ia kekal selamanya dan kau tetap F yang ku cinta dan kagumi selalu, terima kasih juga kerana senantiasa berada disisiku hingga kini tidak pernah merasa jemu. Aku adalah Kau F dan kau adalah aku, kita mempunyai persamaan yang baik sekali dan aku begitu senang dengan setiap tingkahmu dan juga perhatian yang mengunung yang kau berikan padaku, dengan bahasa lebih mudah kau sempurna di mata dan di hatiku sebagai seorang lelaki F dan aku takkan pernah jemu berada disisimu. Ketahuilah F aku "membuang" mereka semua kerana cintaku yang terlalu padamu, berjanjilah kau akan menjaga cinta itu seperti mana kau melindungiku selama hari ini, seperti kau telah memberi aku senyuman setiap hari......


Bulan penuh keberkatan..... itulah bulan Ramadhan.... bulan seribu bulan hanyalah sebulan penuh keberkatan....... Aku bahgia di dalam bulan ini, rezeki yang melimpah dan kenikmatan dari yang maha Esa buatku amat mensyukurinya.... Dah banyak jemputan berbuka puasa aku hadiri temasuklah sambutan Hari Wanita dan berbuka puasa bersama PM yang diadakan di KLCC pada 25 Ogos yang lalu, aku berserta 2 orang rakan sekerja telah menghadirinya, memang meriah dan makan pun sedap, pas tu banyak lagi jemputan lain yang diadakan di Persatuan Bagi Orang Buta Malaysia dan ari Ahad yang lalu pegi Kajang bebuka dengan adikku Shikin, sedap betul bebuka dengan sate kajang, rasa nak makan banyak2 tapi apa boleh buat perut dah tak muat lagi nak masuk sate..... hehe.......


Tu jelah serba sedikit pasal aku 2,3 bulan kebelakangan ni, apa yang penting aku happy sekarang n kalau boleh tak nak sedih2 lagi.... Semoga bahgia ini terus menjadi milik aku dan orang-orang yang aku sayangi.....

No comments:

Post a Comment