WELCOME TO SWEETMUN WORLD

Hope u will enjoy

Monday, August 31, 2009

BARU DAPAT UPDATE BLOG

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Lama tak update blog. dalam masa 2 bulan ni agak busy ckt n internet problem, sekarang dah masuk pun bulan Ramadhan, dah 11 Ramadhan pun ari ni.... Aku menjalani ibadah puasa ni dengan penuh kebahgiaan yang tersirat didalamnya. Pada pemulaan puasa tu berpuasa di kampung dengan familly, sume ada kecuali Bebe dan familly, tapi takpe Bebe pun dah tak larat lagi maklumlah Bebe bakal melahirkan baby baru iaitu anak ke-4 di Syawal ni.... Kakak dan the ada, kakak pun tak berapa chat juga kerana dia juga sedang bebadan dua, dah masuk 5 bulan pun... Tahniah!!! diucapkan pada kakak setelah penantian yang agak begitu lama akhirnya Kakak n Abang Fandi bakal menimang cahaya mata awal tahun depan... Mak pula sakit kaki kena air panas, cian kat mak, semoga mak cepat sembuh...


Aku, aku, macam2 yang buat aku happy, bahgia sangat, sedih dan kecewa dengan beberapa pekara, M dah tak dak lagi dalam hidup aku sejak F menjadi juara pertarungan sengit bagi merebut hati aku ini.... Aku sedih gak buat M cam tu tapi apa aku boleh buat hati ini lebih bepihak pada F... Sikap F yang sederhana dan tenang itu telah menawan hati aku berbanding dengan M yang agak tidak serasi dengan aku,, apa pun ku pohon seribu kemaafan pada M kerana telah memberi M harapan palsu selama ini dan juga telah mengecewakan M...
F, cukup senang aku dengan dirinya, selamat, selesa dan bahgia itulah ungkapan yang selayaknya aku berikan pada F. Terima kasih F kerana telah hadir di dalam hidup ku ini, Maafkan aku juga pada R kerna tak mampu meneruskan kisah cinta kita dan R aku ingin kau tahu bahwa F mampu memberi kehidupan yang pernah aku harapkan tika bersama denganmu dulu R.... Mfku sekali lagi.....


F..... Andai kau dapat membaca blog ini suatu nanti ketahuilah F bahwa aku telah menyerahkan seluruh kesetiaan dan cintaku hanya buatmu seorang... Terima kasih F kerana telah memberi aku bahgia seperti sekarang, aku berdoa semoga ia kekal selamanya dan kau tetap F yang ku cinta dan kagumi selalu, terima kasih juga kerana senantiasa berada disisiku hingga kini tidak pernah merasa jemu. Aku adalah Kau F dan kau adalah aku, kita mempunyai persamaan yang baik sekali dan aku begitu senang dengan setiap tingkahmu dan juga perhatian yang mengunung yang kau berikan padaku, dengan bahasa lebih mudah kau sempurna di mata dan di hatiku sebagai seorang lelaki F dan aku takkan pernah jemu berada disisimu. Ketahuilah F aku "membuang" mereka semua kerana cintaku yang terlalu padamu, berjanjilah kau akan menjaga cinta itu seperti mana kau melindungiku selama hari ini, seperti kau telah memberi aku senyuman setiap hari......


Bulan penuh keberkatan..... itulah bulan Ramadhan.... bulan seribu bulan hanyalah sebulan penuh keberkatan....... Aku bahgia di dalam bulan ini, rezeki yang melimpah dan kenikmatan dari yang maha Esa buatku amat mensyukurinya.... Dah banyak jemputan berbuka puasa aku hadiri temasuklah sambutan Hari Wanita dan berbuka puasa bersama PM yang diadakan di KLCC pada 25 Ogos yang lalu, aku berserta 2 orang rakan sekerja telah menghadirinya, memang meriah dan makan pun sedap, pas tu banyak lagi jemputan lain yang diadakan di Persatuan Bagi Orang Buta Malaysia dan ari Ahad yang lalu pegi Kajang bebuka dengan adikku Shikin, sedap betul bebuka dengan sate kajang, rasa nak makan banyak2 tapi apa boleh buat perut dah tak muat lagi nak masuk sate..... hehe.......


Tu jelah serba sedikit pasal aku 2,3 bulan kebelakangan ni, apa yang penting aku happy sekarang n kalau boleh tak nak sedih2 lagi.... Semoga bahgia ini terus menjadi milik aku dan orang-orang yang aku sayangi.....

Tuesday, June 23, 2009

Gambar Hiasan (Aslamiah)

SEMBILAN BELAS HADITH RASULLULLAH S.A.W MENGENAI WANITA

1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayangnya yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah s.a.w. akan hal tersebut, jawab Baginda s.a.w., "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".

2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah s.w.t. mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.


3. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah s.w.t. mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah s.w.t.

4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah s.w.t. memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah s.w.t.

7. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah s.w.t. dan orang yang takutkan Allah s.w.t., akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

8. Barangsiapa membawa hadiah, (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah). Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

9. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah s.w.t. memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).

10. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

11. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.

12. Aisyah berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah s.a.w, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab Rasulullah s.a.w., "Suaminya". "Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah s.a.w, "Ibunya".

13. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.

15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

16 Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.

17 Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Nabi s.a.w) di dalam syurga.

18 Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.

19 Daripada Aisyah r.a. "Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuan lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka."



Thursday, June 18, 2009

MAKSUD LIRIK LAGU SALAH SATU LAGU HINDI

Di sini saya berikan maksud dalam bahasa melayu bagi salah satu lagu hindi dari filem Rishtey lakonan mantap actor bollywood Karisma Kapoor dan Anil Kapoor and sape2 yang lebih faham lagu hindi dalam bahasa melayu so boleh beri komen yer....

Rangkap 1
setiap waktu aku melihatmu
hanya kau di hati ini
apa harus ku kata andai kau tiada
satu saat pun aku tidak mampu untuk hidup

Rangkap 2
dan nafasku juga bernafas dengan harumanmu
betapa aku mencintaimu

Rangkap 3
Kau memberi aku penafasan wahai temanku
dan aku telah menulis namamu
juga aku akan memberitahu dunia ini
bahwa kaulah kekasihku

Rangkap 4
aku telah mendapatkan kehidupanku
dan hanya di hatimu aku bertahta
dan apa lagi yang aku ingin minta pada tuhan
tanganmu ku gengam erat

Rangkap 5
dan di hatimu sayang
yang di dalamnya ada aku
kerana kaulah aku hidup
itulah kata debaran hati ini

corus
hei,hei,hei,hei
betapa aku mencintaimu

Rngkap 6
warna cintaku
akan ku salutkan padamu
cinta yang membara
cinta yang hanya untukmu

Rangkap 7
akan ku ambil kesemua kesedihanmu
setiap kegembiraan akan ku beri padamu
jangan kau pergi jauh dariku
aku tidak boleh hidup tampamu

Rangkap 8
penyambung nyawa adalah kau
kau lah sayangku itu kau tahu
nyawa pun akan ku beri padamu
cubalah kau minta dan lihat

hei, hei,hei,hei
betapa aku mencintaimu

Itulah serba sedikit maksudnya jika sesiapa tahu dengan lebih tepat boleh beri komen anda
jika ada kesalahan harap dimaafkan kerna saya juga manusia biasa dan paparan ini hanya buat hiburan semata-mata dan tiada maksud tesembunyi.
Jelas di sini lirik lagu ini mempunyai maksud berunsur kasih-sayang yang amat mendalam oleh sepasang kekasih yang hangat bercinta......
sekian.......




CINTAILAH AKU DENGAN KESUNGGUHANMU


Salam segunung rindu untuk kekasih di hujung talian. Apakah ceritera kelmarin akan membahagiakan hari esok? atau mungkin hari esok telah melakarkan janji manis seribu mimpi? Ya Allah, Ya Waddud, Tuhan Maha Pencinta. Namamu kuseru setiap waktu. Berkatilah pertautan dua hati yang sepi. Agar mimpi kami tidak benar-benar ngeri.
"Live through feeling and you will live through love. For feeling is the language of the soul, and feeling is truth."

CINTAILAH AKU DENGAN KESUNGGUHANMU dan bisikan cinta sucimu itu agar aku mengerti kau benar-benar tulus mencintaiku dan moga kalak kita disatukan dalam jalinan kasih suci dan diberkati Allah S.W.T buat selamanya......

Wednesday, June 17, 2009

IBU TERSAYANG

Nama Mak: Fadzil Zan Anmur Khan

Umur Mak: 55 Tahun tapi mak masih cantik lagi kan.....

KASIH SEORANG IBU

Kasih Seorang Ibu... "Nurse, boleh saya tengok bayi saya?" ibu muda yang baru bersalin itu bersuara antara dengar dan tidak kepada seorang jururawat. Sambil tersenyum jururawat membawakan bayi yang masih merah itu. Si ibu menyambut dengan senyum meleret.

Dibuka selimut yang menutup wajah comel itu, diciumnya berkali-kali sebaik bayi tersebut berada dipangkuan. Jururawat kemudian mengalihkan pandangannya ke luar tingkap. Tidak sanggup dia bertentang mata dengan si ibu yang terperanjat melihat bayinya dilahirkan tanpa kedua-dua cuping telinga. Namun gamamnya cuma seketika. Dakapan dan ciuman silih berganti sehingga bayi yang sedang lena itu merengek. Doktor bagaimanapun mengesahkan pendengaran bayi itu nor! mal, sesuatu yang cukup mengembirakan si ibu. Masa terus berlalu... Pulang dari sekolah suatu tengahari, anak yang tiada cuping telinga itu yang kini telah memasuki alam persekolahan menangis memberitahu bagaima! na dia diejek rakan-rakan. "Mereka kata saya cacat," katanya kepada si ibu. Si ibu menahan sebak. Dipujuknya si anak dengan pelbagai kata semangat. Si anak menerimanya dan dia muncul pelajar cemerlang dengan menyandang pelbagai jawatan di sekolah. Bagaimanapun tanpa cuping telinga, si anak tetap merasa rendah diri walaupun si ibu terus memujuk dan memujuk. Ayah kanak-kanak itu bertemu doktor. "Saya yakin dapat melakukannya jika ada penderma," kata pakar bedah. Bermulalah suatu pencarian bagi mencari penderma yang sanggup berkorban. Setahun berlalu... "Anakku, kita akan menemui doktor hujung minggu ini. Ibu dan ayah telah mendapatkan seorang pender! ma, tapi dia mahu dirinya dirahsiakan,

" kata si ayah. Pembedahan berjalan lancar dan akhirnya si anak muncul sebagai manusia baru, kacak serta bijak. Pelajarannya tambah cemerlang dan rasa rendah diri yang kerap dialaminya hilang. Rakan-rakan memuji kecantikan parasnya. Si anak cukup seronok, bagaimanapun dia tidak mengabaikan pelajaran. Pada usianya lewat 20-an, si anak menjawat jawatan tinggi dalam bidang diplomatik. "Sebelum saya berangkat keluar negara, saya ingin tahu siapakah penderma telinga ini, saya ingin membalas jasanya," kata si anak berkali-kali. "Tak mungkin," balas si ayah. "Perjanjian antara ayah dengan penderma itu masih berjalan. Tunggulah, masanya akan tiba." "Bila?" tanya si anak. "Akan tiba masanya anakku," balas si ayah sambil ibunya mengangguk-angguk. Keadaan terus kekal menjadi rahsia bertahun-tahun lamanya. Hari yang ditunggu tiba akhirnya. Ketika si anak berdiri di sisi keranda ibunya, perlahan-lahan si ayah menyelak rambut ibuny! a yang kaku. Gelap seketika pandangan si anak apabila melihat kedua-dua cuping telinga ibunya tiada. "Ibumu tidak pernah memotong pendek rambutnya," si ayah berbisik ke telinga anaknya. "Tetapi tiada siapa pernah mengatakan ibumu cacat, dia tetap cantik, pada ayah dia satu-satunya wanita paling cantik yang pernah ayah temui. Tak percaya... tanyalah pada sesiapa pun kenalannya." Ps : Kecantikan seseorang bukan terletak pada fizikal tetapi di hati. Cinta sejati bukan pada apa yang dilakukan dan dihebah-hebahkan tetapi pengorbanan tanpa diketahui. Selagi ibu kita ada didunia ini, ciumlah dia, cium tangannya, sentiasa minta ampun darinya, berikan senyuman kepadanya, bukannya dengan bermasam muka, kasih ibu tiada tandingannya, ingatlah "SYURGA DI BAWAH TELAPAK KAKI IBU", penyesalan di kemudian hari tidak berguna, selagi hayatnya ada,curahkanlah sepenuh kasih sayang kepadanya.. "Saya Sayang Ibu"

Cam 2lah i sayang my mom. My mom tak bezakan i dengan adik-beradik i yang lain walaupun i ni oku penglihatan. Kasihnya tetap setia dicurahkan buat i yang sentiasa mengharapkan kasih-sayang seorang ibu.

Mak Muna Sayang Mak.... Love U Mom...... Thanks A Lot Mom.....


.

20

20 GIRLS HAVE TO KNOW ABOUT GUY

1. Guys don't actually look after good-looking girls. They prefer neat and presentable girls.
2. Guys hate flirts.
3. A guy can like you for a minute, and then forget you afterwards.
4. When a guy says he doesn't understand you, it simply means you're not thinking the way he is.
5. "Are you doing something?" or "Have you eaten already?" are the first usual questions a guy asks on the phone just to get out from stammering.
6. Guys may be flirting around all day but before they go to sleep, they always think about the girl they truly care about.
7. When a guy really likes you, he'll disregard all your bad characteristics.
8. Guys go crazy over a girl's smile.
9. Guys will do anything just to get the girl's attention.
10. Guys hate it when you talk about your ex-boyfriend.
11. When guys want to meet your parents. Let them.
12. Guys want to tell you many things but they can't. And they sure have one habit to gain courage and spirit to tell you many things and it is drinking!
13. Guys cry!!!
14. Don't provoke the guy to heat up. Believe me. He will.
15. Guys can never dream and hope too much.
16. Guys usually try hard to get the girl who has dumped them, and this makes it harder for them to accept their defeat.
17. When you touch a guy's heart, there's no turning back.
18. Giving a guy a hanging message like "You know what?!.. uh... never mind!" would make him jump to a conclusion that is far from what you are thinking.
19. Guys go crazy when girls touch their hands.
20. Guys are good flatterers when courting but they usually stammer when they talk to a girl they really like.

NASUHA, NABILAH AND SAHIRA
Ni gambar anak2 buah i, bukan anak i k....
Yang bertudung ungu Arfah Nasuha binti mohd Zairi n i just call her Suha, berumur 9 tahun dan yang bertudung biru tu Nurin Nabilah Binti Mohd Zairi dan berumur 7 tahun dan yang bertudung pink tu namanya Alya Sahira yang berumur 5 tahun dan dia lah anak buah i yang very noughty but very sweet...... I love them all like my own daughter even i don' have a daughter yet....hehehe...... Maybe coming soon!!!! Wait n See...
CIK NA SAYANG SUHA, BILAH N SHIRA